Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan halal?
Pendapatan atau Rezeki halal merupakan satu punca pendapatan yang diredhai Allah. Dengan kata lain rezeki yang tidak mengandungi apa –apa sumber yang bertentangan dengan syariat Islam.
Terdapat banyak punca rezeki yang halal di dunia ini. Pekerjaan sebagai Pemandu, jurutera, pakar computer, penoreh getah, guru, Ahli bomba, menteri, ahli perniagaan dan banyak lagi.
Kadangkala rezeki yang pada asalnya halal boleh jadi tak halal dengan beberapa sebab. Antaranya adalah rasuah dan salahguna kuasa. Sebagai Contohnya jurutera.. pada asalnya memang halal pendapatan seorang jurutera itu, tetapi apabila seorang itu telah menerima rasuah atau memberikan rasuah atas suatu sebab yang tertentu menyebabkan pendapatan tersebut menjadi tidak halal. Perkara yang demikian juga boleh terjadi kepada menteri dan ketua jabatan yang menyalahgunakan kuasa atas kepentingan peribadi.
Allah subahana wataala melaknat orang – orang yang terlibat dalam perusahaan arak, dari pemerah (pembuat arak), peminum… malah orang yang menghantar dan membawanya menanggung dosa laknatan dari Allah Taala.
Bagaimana pula dengan orang yang terlibat dengan riba?
Adakah Riba itu halal?. Bagaimanakah untuk mengelakkan riba?
Riba adalah salah satu dari dosa besar. Berikut adalah antara firman Allah SWT dalam Al-Quran dan Hadith Nabi SAW yang melarang riba
Allah SWT telah berfirman:
“dan dihalalkan jual beli tetapi diharamkan riba“
Nabi Muhammad SAW telah bersabda :
"Dilaknati pemakan riba, penulis riba dan yang menjadi saksinya" (Riwayat al-Bukhari dan Ibn Majah) ; Termasuk juga mereka yang dilaknati adalah mereka yang menjadi penjamin bagi setiap pinjaman riba ( yang termasuk dari kalangan saksi riba).
Allah SWT berfirman :
"Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah" ( Al-Baqarah : 276 )
Nabi Muhammad SAW telah bersabda :
"Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari
Berdasarkan hadith dan firman Allah SAW telah jelas bahawa riba itu memang memudaratkan dan diharamkan di dalam islam. Malah ia adalah salah satu dari dosa besar.
Sedihnya kerana masih ada dikalangan kita yang masih terlibat dengan riba. Dari urusan pinjaman perumahan, kad kredit, pembelian kenderaan, pinjaman pelajaran. Semuanya terlibat dengan riba. Bukankah di Malaysia ini telah ada Bank-bank Islam yang menawarkan pelbagai produk pembiayaan yang berlandaskan syariah.
Marilah kita bersama sama meninggalkan kesilapan kita yang lalu dan kembali kepada ajaran islam yang sebenar. Yang sudah itu biarlah berlalu.. yang penting kita mahu berubah.
No comments:
Post a Comment